Assalamualaikum..

Hari ini 15 Oktober bersamaan 15 Syawal 1429 H..

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang telah berjaya melalui madrasah Ramadhan dengan penuh kesungguhan. Taqabbalallahuminna wa minkum. Minal Aidil wal Faizin Wa Maqbulin..Semoga Ramadhan yang berlalu meninggalkan kesan taqwa yang mendalam pada jiwa-jiwa kita. dan semoga kita bertemu lagi pada Ramadhan akan datang dengan izinNya..

Nampaknya tahun ini sekali lagi saya berhari raya di perantauan. Rasa macam dah biasa pula. Tak ada pun perasaan sedih mahupun hiba. Rasanya tahun lepas pun tak ada sedih-sedih. Mana taknya. Ramai betul orang Malaysia yang beraya sekali. Tak adalah terasa sangat macam kat luar negara. Tapi mungkin mereka yang tersayang di tanah air terasa kehilangan kerana dah 2 tahun berturut-turut berhari raya di bumi Mesir ini. Takpe takpe.. Ada rezeki tahun depan Atin balik insyaAllah. Rasanya boleh lagi nak menahan rindu untuk setahun lagi=)

Salam sayang buat abah. mama, Amalina, Ariff, Atiqah dan semua yang tersayang di Malaysia sana. Doakan Atin tabah mengharungi kehidupan di negeri orang..

 

Suasana 1 Syawal 1429 H, Kaherah, Mesir

lautan manusia memenuhi suq sayyarot @ pasar kereta untuk menunaikan solat hari raya
lautan manusia memenuhi suq sayyarot @ pasar kereta untuk menunaikan solat hari raya
suasana pagi raya di kompleks Malaysia
suasana pagi raya di kompleks Malaysia

 

sate pagi raya yang telah habis dijamah

sate pagi raya yang telah habis dijamah oleh kami

..ada lagi gambar sebenarnya tapi tahun ni dah malas sikit nak ambil gambar banyak-banyak macam tahun lepas. Sebelum mengundur diri, ada satu video sempena hari raya. Sebenarnya video ni dibuat untuk majlis Rumah Terbuka ISMA-Mesir (akhawat) pada hari raya kedua..hayatilah seadanya…     

 

                                      

wajah berseri mudah-mudahan kesan takwa di hati..

wajah berseri di pagi hari, mudah-mudahan pancaran dari taqwa di hati

                                                                                                                

Advertisement