Bangun sahaja dari tidur pagi kelmarin, terbaca 1 mesej yang benar-benar mengejutkan..

NabilahHuda Zaim dimasukkan ke Islamic Hospital Jordan. High Level leukimia. Akh Zaim & isteri diminta untuk segera ke sana. Doakan…

Terus hilang semangat pada pagi itu..kalau sampai ayah dan ibu dipanggil, apa maknanya..

Nabilah Huda Zaim. Kami seusia. Pertama kali bertemu dengannya adalah ketika menyertai daurah di Hira’. Waktu itu kami saling berbincang dan bertukar pendapat bagaimana menggerakkan Badan Dakwah Rohani di sekolah masing-masing. Beliau merupakan Timbalan Pengerusi BADAR di KISAS dan banyak pengalaman dapat dikongsi bersama. Kemudian kami pernah berjumpa lagi di mukhayyam nasional dan mukhayyam di Negeri Sembilan. Rasanya 2 hingga 3 kali itu sahaja kami pernah bertemu. Selepas itu beliau terbang ke Jordan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Syariah. Walaupun taklah serapat mana, namun tautan hati di atas jalan ini telah menemukan kami. Tak sangka sangat. Orang yang dulu ceria dan penuh bersemangat kini terlantar di hospital. Baru-baru ini beliau pulang ke Malaysia dan sahabat yang berjumpanya di Malaysia mengatakan Nabilah sihat dan ok je. Kata seorang rakan yang mengambil bidang perubatan di sini, leukimia merupakan panyakit yang boleh menyerang sesiapa sahaja, tak kira sama ada mempunyai sejarah keturunan atau tidak. Bukan juga merebak dari pemakanan dan persekitaran. Kalau Allah kata jadi, maka jadilah penyakit tersebut. Doktor pun kata begitu..Walaupun nampak sihat tapi boleh terjadi dalam sekelip mata. Semuanya di bawah kekuasaan Allah..

Berita yang mengejutkan ini benar-benar membuatkan saya merenung dan memuhasabah diri. Jika Allah berkehendak untuk berlaku sesuatu, maka berlakulah perkara itu. Manusia hanya mampu untuk merancang dan berusaha namun segalanya Allahlah yang menentukan..

Doakan yang terbaik untuk Nabilah..

اللهم أنت شافي لا شفاء الا شفاءك شفاء لا يغادر سقم

Advertisement