“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir

Surah Ar-Rum: 20

Kita menghendaki rumah tangga muslim itu sebagai rumah cahaya yang memberi hidayah dan petunjuk kepada orang-orang yang bingung dan sesat di sekitarnya. la menghapuskan, memusnahkan segala kegelapan di sekelilingnya dan menyinari jalannya untuk dilalui oleh mereka. Maka dengan bertambahnya rumah-rumah muslim seperti ini akan sambung menyambunglah daerah-daerah, bercahaya dan bercantum di antara satu sama lain sehingga mampu menyinari masyarakat.

Maka dengan demikian, keperibadian Islam mampu menyinari masyarakat dan memimpinnya di bawah naungan Islam. Lantaran itu kemuliaan mudah dikembang-biakkan dan kejahatan mudah dihapuskan. Barulah mudah dibentuk dasar dan asas keimanan yang bersih dan mantap sebagai asas bangunan Islam, pemerintahan, seterusnya khilafah Islamiah alamiah.

Untuk itu, saudara saudari putera puteri Islam harus dan patut bersungguh-sungguh dan bersegera membangunkan rumah tangga muslim mithali yang menjadi model Islam yang sejati dan contoh teladan kepada generasi baru. Ini adalah satu langkah yang penting dan asasi di jalan dakwah Islam. Mohonlah pertolongan dari Allah supaya Allah mudahkan dan tidak menyusahkan.

-Mustafa Masyhur-

Sakinah-Sakinah dalam hidupku

Tahniah buat ukhti tersayang, Nur Sakinah Ismail bersama pasangannya akh Haidar Mahmud;

Barakallahu lakuma wa baraka alaikuma wa jama’a bainakuma fi kher!

Selamat melangkah ke fasa kehidupan yang baru. Semoga rumah tangga yang terbina akan melahirkan generasi harapan, penerus perjuangan.

17 Mac 2012

**maka bilakah pula saat yang dinantikan tiba wahai Sakinah yang satu lagi? 😉

Advertisement