Betapa syurga masih jauh
bila perjalanan menujunya
terlalu lambat rasanya
mengapa tidak
bila ikut diheret bersama
kantung berisi dosa
 
Sehari-hari
kantung hina terus diisi
bebannya makin bertambah dan memberat
sedang kantung itu
terus dikendong dan diangkat
 
Hai manusia,
tak pernahkah rasa mahu meringankan
kantung hina berisi dosa
agar kau dapat meneruskan perjalanan
tanpa jauh lagi
tertinggal di belakang
 
Hai jiwa,
sampai bila
mahu kau terus jauh
dari syurga?
 
Buangkan bebanan hina itu sekarang
dan terus berlari ke sana
menuju syurga-Nya 
 

hamba hina yang berdosa namun merindukan syurga,

di pagi Jumaat yang dingin

 
 
Advertisement