Allah matlamat kami

Bismillah.

Lama tidak menulis.

Kadang-kadang rasa tak layak langsung untuk menulis. Menulis apa pun. Bukan apa. Cuma rasa takut. Mungkin takut salah, takut cakap tak serupa bikin, takut dipersoalkan dan macam-macam lagi takutnya.

Ramai yang boleh menulis dengan kalimat-kalimat yang hebat, hujah-hujah yang kuat ditambah dengan istilah-istilah yang berat. Namun hakikatnya, hidup kita bukan di alam maya, tapi di alam dunia yang hakiki lagi realiti. Ramai yang kita lihat boleh berbalas hujah dengan lantang, bertikam lidah, berlawan kata, berbicara tentang politik dan isu semasa, tetapi di alam realiti, entah ke mana.

Itu sebenarnya yang saya takutkan. Tak mahu jadi begitu.

Benarlah kata-kata Imam As-Syahid Hasan Al-Banna:

“Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal, medan beramal tidak sama dengan medan bercakap, medan berjihad tidak sama dengan medan beramal, medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap”

Medan menulis juga.

Apatah lagi bila setiap patah kalimat yang dikeluarkan akan jadi saksi kelak di akhirat.

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah Рkamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

61:2-3

Masih cuba membina keberanian & keyakinan untuk menulis sesuatu yang bermanfaat. Untuk Allah, untuk dakwah & untuk ummah. InsyaAllah.

Sekadar coretan di tengah-tengah ketegangan musim peperiksaan. 3 sudah, masih berbaki 4. Pohon doanya!

Advertisement