Bersama barisan para pendidik Al-Hidayah, Ipoh pada hari terakhir persekolahan.

Guru adalah batin suci hati nurani, 
penjunjung budi, manusia yang takwa, 
obor hemah kehidupan bangsa.

A. Samad Said

Buat semua guru yang pernah menyinggah dalam hidupku, mengenalkan pada Tuhan yang satu, menyebar pelbagai ilmu, mengajar dan mendidik tanpa jemu.

Juga buat para murabbi sepanjang usiaku, yang mencurahkan jasa, tanpa penat dan lelah, memberi faham erti dakwah dan tarbiyah.

Tidak dilupakan, yang mengasuh dan membesarkan, menjadi guru pertamaku di rumah,

mama dan abah.

Terima kasih yang tidak terhingga. Tiada kata yang dapat diungkapkan untuk membalas segala jasa.

Hanya ucapan tanda kasih sayang dan ingatan dikirimkan.

Selamat Hari Guru!

Advertisement