Cukuplah. Enough. Kefayah.

 

Seorang lelaki angkuh

Fikir dirinya cukup teguh

Punya kerajaan ampuh

Sana-sini banyak pengaruh

Bila rakyat bangkit merusuh

Menuntut keadilan penuh

Cukuplah kehidupan yang payah dan jenuh

Hentikan pemerintahan yang mundur dan lusuh

Hai lelaki angkuh

Mengapa kau liat sungguh

Turun sajalah dan pergi jauh-jauh

Manusia menyumpahmu penuh geram dan cemuh

Kekuasaanmu yang kau rasa kukuh

Akan musnah dan roboh

Kezalimanmu pasti akan luruh

Sedarlah duduk dirimu kini rapuh

Sebentar lagi kau akan jatuh

Tanah Kinanah jadi saksi tiap titisan darah dan peluh

Perjuangan akan terus hingga jasad lebur hancur luluh

Dan bila pulih keadaan yang keruh

Pasti muncul keadilan Tuhan yang utuh!

Sedang hirosah, Kaherah, 1.32 am.

Advertisement