Buat pencinta-pencinta buku khususnya di bumi Mesir. Mari berkunjung ke

42nd Cairo International Book Fair

28 Januari hingga 10 Februari 2010

Guest of Honour: Russia

🙂 🙂 🙂

Tak sabar rasanya nak menghabiskan duit memborong buku. Setahun sekali je kan. Takpe, tak rugi sebenarnya. Jangan berkira sangat nak keluarkan duit untuk membeli buku atau kitab-kitab. Apalah sangat buku-buku tu dibandingkan dengan ilmu Allah yang sangat luas & tak terkira banyaknya. Tapi janganlah duit habis sampai tak makan pulak nanti.. Bersederhana. Kan itu yang terbaik..

Oh ya,  sebenarnya ada satu tempat yang baru saya tahu. Namanya  Soor Al Azbakayia. Kedai buku-buku second hand. Nampak macam menarik. Orang kata kat Attabah ke mana tah.  Nanti nak explore lepas habis exam.

Baiklah, masa untuk membuka laptop hampir tamat. Doakan saya ya. Lagi satu paper menanti.

Musim imtihan yang sungguh melelahkan..namun pastinya manis bila natijahnya adalah kejayaan. InsyaAllah.

Yang belajar demi ijazah, dakwah & risalah. Demi redha Allah.

Advertisement