
di Padang Arafah atau lebih tepatnya di Jabal Rahmah, tempat pertemuan Adam & Hawa -umrah 2006-
وعَنْ أَبِي قَتَادَةَ رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ
أخرجه الترمذى
Mafhumnya: “Dari Abu Qatadah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda: Puasa hari ‘Arafah itu aku berharap kepada Allah agar dapat menebus dosa dari tahun sebelumnya dan tahun sesudahnya”.
Riwayat Tirmizi
Mari tambah amal ibadah kita lebih-lebih lagi di sepuluh hari pertama Zulhijjah dengan berpuasa sunat Hari Arafah. Jangan lepaskan peluang pengampunan dosa yang ditawarkan ini! Ramai-ramai kita berpuasa esok hari!