Melangkah ke gerbang sepuluh terakhir Ramadhan..

انما الاعمال بالخواتم

“Sesungguhnya amalan itu dikira berdasarkan pengakhirannya”

-mafhum hadis-

Telah berlalu hari-hari rahmah dan maghfirah. Kini tibalah hari-hari pembebasan dari api neraka. Inilah hari-hari terakhir Ramadhan yang bakal menentukan siapa yang untung dan siapa yang rugi. Padanya terdapat malam Al-Qadr dimana Allah melihat hambaNya yang paling baik amalannnya. Malam agung dengan ganjaran ibadah selama seribu bulan.

Bagaimana ingin bertemu dengan Laila tul Qadr ini?

  • Tetapkan niat di awal sepuluh malam terakhir untuk berusaha menghidupkan hari-hari akhir ini
  • Sentiasa memperbaharui taubat
  • Berazam untuk menambahkan amal ibadat
  • Mujahadah dan berusaha bersungguh-sungguh dalam menghidupkan malam dengan berzikir, tahajud, iktikaf dan tilawah Al-Quran.
  • Beriltizam dengan doa:

اللهم انك عفو تحب العفو فاعف عني

InsyaAllah, kita cuba sama-sama memburu Laila yang sangat istimewa dan berharga ini!

Usaha yang terbaik dengan penuh keimanan dan kesungguhan. Ini mungkin peluang terakhir kita.

Kalaulah Ramadhan itu ibarat sebuah perniagaan, maka berpuasa di siang hari adalah modalnya dan beribadah di malam hari adalah keuntungannya”

Moga-moga perniagaan Ramadhan kita kali ini mendapat pulangan modal dan meraih untung yang berlipat ganda..

untuk saya: Jangan biarkan hari-hari terakhir Ramadhan terus parah, menderita dan merana seperti awalnya. Masih ada masa untuk mengubahnya.

nak iktikaf!

Advertisement