U.S. President Barack Obama waves to the audience as he leaves the Grand Hall of Cairo University after delivering a speech in Cairo June 4, 2009. REUTERS/Goran Tomasevic
Salam.
Pemimpin pertama dunia, Barack Hussein Obama datang Cairo semalam. Abah tanya, dia datang dapat apa? Ada bagi duit tak? Isy2, mana ada bagi duit la. Dapat cuti je. Tak pasal-pasal exam semalam kena tangguh ke 18 Jun ni. Jadi orang paling lambat habis exam kat rumah. Apa pun, bersyukur sangat sebenarnya. Mungkin ada hikmah kena tangguh exam. Sebabnya tak habis baca buku untuk subjek tu lagi!
Berbalik pada si Obama. Dalam ucapannya semalam, beliau menunjukkan hasrat untuk menjernihkan keadaan Amerika dengan umat Islam. Banyak jugak dia menyelitkan ayat-ayat Quran dalam ucapan tu. Mungkin boleh tengok teks atau dengar ucapannya sendiri di sini. Nampak macam Obama ni baik pulak, kata seorang sahabat saya. Ye lah, dengar kata dia pun tak setuju dengan pembinaan pendudukan baru di Tebing Barat. Hubungan dengan pemimpin Yahudi pun tak baik sangat. Boleh percaya ke Obama ni? Macam boleh percaya. Nampak ok je pulak dia ni..
Terfikir macam betul jugak. Rasa macam umat Islam semakin terbela. Umat Islam dapat sokongan dari kuasa besar dunia. Masa depan Islam semakin cerah..
Tapi..entahla, kalau fikir 2-3 kali, ala..propaganda politik je semua ni. Kafir tetap kafir. Tetap tak ikut undang-undang Allah. Nampak terbela tapi mungkin ada agenda lain di sebaliknya. Rasa bosan dan mual dengan semua ni. Tapi, nak buat macam mana? Kita tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku. Tak boleh nak tolak bulat-bulat dan tak boleh terima bulat-bulat juga kan?
Moga segala yang berlaku ada hikmahnya. Hidup untuk Islam! Nak belajar sungguh-sungguh untuk tegakkan semula agama mulia ini!!
Pasabili bili bili pasabili Obama eh ogawa..
(ni komen Pak Cik Mail)
Komen abah pulak?
=)
tunggu juga respon dari MB Chairman, Mr. Mohammed Mahdy Akef.
wassalam.
Perhaps….perhaps…perhaps……….
(macam ada satu lagu tu)
Selepas Obama ambil alih, kalau dia bijak orangnya dah tentu dicatnya White House tu jadi Black House…………
White House tetap White House dan bukan Black House
Tapi yang pasti Obama tu lebih hensyem dari Bush dan abah lebih hensyem dari Obama…………………….Maka abah yang paling hensyem dari kedua-duanya……………………..Bukan kah begitu?
Ya..sememangnya begitu. Abahlah yang paling hensem tanpa syak dan ragu-ragu lagi! (pujian ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan dari pihak penaja)
salam ziarah