Alhamdulillah..hari ini diri yang hina ini masih lagi diberi peluang untuk bernafas dan meneruskan kehidupan. Rasanya hidup di atas bumi ini hanya dengan belas ihsan, kasih, sayang dan cinta dari tuhan. Semakin lama hidup, semakin rasa sayangnya Allah pada kita. Terlampau banyak nikmat yang diberi, tak terhitung semuanya. Tak pernah sesaat pun Allah melupakan kita. Mana tidaknya, Dia tak pernah sekali-kali menghentikan jantung kita dari berdegup walau sesaat. Bukankah itu bermakna Allah tidak pernah melupakan kita? Kadang-kadang rasa malu sangat pada Allah kerana hari-hari meminta meminta dan meminta dan kita tak pernah menzahirkan rasa syukur yang sebenar pada Dia. PerintahNya kadang-kadang tak dijalankan dengan sebaiknya. LaranganNya kadang-kadang pernah terbuat sekali dua. Tapi Dia tetap memberi apa yang kita mahukan. SayangNya Allah pada kita..Ya Allah, jadikanlah setiap hembusan nafasku, setiap degup jantungku sentiasa dalam redhaMu..

Syukur sangat-sangat dapat peluang untuk meng’update’ hari ni..Kalau biar lama sikit lagi barangkali akan berhabuk, berlumut, bersawang dan sebagainya. Ingatkan dah mula cuti boleh la nak menulis banyak-banyak. Rupa-rupanya makin bertimbun-timbun tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dan nak pegang laptop sendiri pun tak sempat dan tak ada masa. Jadi, bila dah banyak tanggungjawab dan kerja, kenalah lebih berhati-hati menyusun masa. Dah tak ada masa nak lepak-lepak dan bersuka ria. Dah tak ada masa nak berangan atau buat benda-benda yang tak bermanfaat. Dah tak ada masa nak tidur lama-lama. Sebenarnya bersyukur la jugak sebab mengalami ke’sibuk’an walaupun penat sangat-sangat. Sebabnya..kalau tak ada benda nak buat, tentu sekali tak tentu arah dan tak tau nak buat apa. Mesti banyak buang masa dan buat benda-benda merapu. Imam Ibn Qayyim ada berkata;

“Sesungguhnya membuang masa adalah lebih dahsyat daripada kematian kerana membuang masa memisahkan kita dari Allah dan akhirat manakala kematian hanya memisahkan kita dari dunia dan seisinya”

Moga-moga Allah menjadikan kita dari kalangan orang yang memanfaatkan masa dan sentiasa mengingatiNya dalam apa jua keadaan..Ada seorang ukhti pernah kata; “kalau kita sibuk, tandanya Allah sayang kat kita. Kalau rasa relaks je, maknanya kena muhasabah diri banyak-banyak adakah kita dah bekerja atau belum. Dan mungkin Allah tak sayang dah kat kita sebab biarkan kita berehat-rehat.” Huh, takutnya. Betul jugak kata-katanya. Bukankah rehat bagi seorang mukmin itu setelah sebelah kakinya telah menginjak pintu syurga? Kalau tak silap ni kata-kata Imam Ahmad bin Hambal.. Nampaknya kalau nak rehat puas-puas kena tunggu dapat syurga dulu. Ya Allah, layakkah kita agaknya??

Ok, nasihat buat diri sendiri dan ukhti-ukhti tersayang..jangan tension-tension sangat. Biasalah tu banyak kerja nak buat. Kerja dakwah yang belum selesai, kerja rumah yang banyak, kerja kelas bahasa yang bertimbun, talaqi quran, hafal quran [bukan ke ada orang tu nak jadi hafizah sebelum kahwin=)], baca buku fikrah yang masih belum dibuka sejak pesta buku hari tu, ikut program-program yang sungguh padat,  lepas tu ada yang nak kena pindah rumah la, teringat tak ziarah mad’u lagi la dan macam-macam lagi. Walaupun otak seperti berserabut, laluilah hari-hari dengan penuh bahagia, think positive, ‘set’kan minda yang semua kerja yang banyak dan susah adalah sikit dan mudah dan doa banyak-banyak agar Allah beri keberkatan pada masa kita..

~~~Sedar tak sedar, semalam dah genap setahun berkelana di bumi anbiya’ ni. Agaknya banyak mana manfaat yang dah dikutip selama setahun?? Rasa macam nak tulis sesuatu tentang bumi kinanah ni. Erm..tapi lain kalilah nampaknya..tak ada masa. Eh, bukan tak ada masa, tapi tak boleh nak bagi masa untuk tulis sekarang. Ilalliqo’..ada rezeki kita jumpa lagi.~~~

Advertisement