Sebulan berlalu tak terasa. Sedar-sedar peperiksaan dah tamat, cuti yang panjang dah bermula. Dan dalam debar, masing-masing menantikan natijah peperiksaan yang bakal keluar. Barangkali awal Julai. Tak tahulah..rasa tak sanggup nak tengok result sendiri. Tak tahu apa yang bakal berlaku. Tak dapat menjangkakan apa yang akan terjadi. Hanya doa dan tawakkal atas usaha yang dah dilakukan. USAHA?? Betul ke dah usaha? Dah bersungguh-sungguh ke usaha tempoh hari? Tak tahu nak jawab pertanyaan sendiri..Rasa nak serahkan semuanya pada Dia..

Apa pun, rasa lega dapat bernafas dengan aman dan tenang semula. Hari-hari peperiksaan yang dilalui kadangkala memeritkan. Bukan mudah belajar di Al-Azhar. Tak macam zaman sekolah-sekolah dulu. Lepas habis periksa, boleh target dapat berapa A. Di sini dah tak boleh nak target apa-apa. Tak boleh nak jangka apa keputusannya nanti. Andai kata dapat jawab semua soalan dengan baik, belum tentu lagi dapat MUMTAZ. Andai kata tak boleh jawab langsung pula, belum tentu gagal..Semuanya di tangan Allah.

Bila bersembang dan bercerita dengan kakak-kakak senior di sini, banyak pengalaman yang dikongsi. Ada seorang kakak, memang tak boleh langsung nak jawab satu paper dan dengan penuh keyakinan target akan gagal. Tapi tengok-tengok tak gagal pun. Dapat Jaid lagi. Ada pula yang setiap subjek dapat markah tinggi-tinggi belaka, macam boleh je dapat mumtaz tapi tak dapat pun. Dengar juga cerita tentang kisah penanda kertas peperiksaan. Tapi tak pasti sejauh mana kebenarannya. Kadang-kadang bukan pensyarah yang tanda kertas kita. Tak tahulah pekerja mana yang diambil. Jadi, macam-macam boleh berlaku. Ada penanda kertas yang kata, “hari ni aku nak bagi MUMTAZ pada 5 orang pertama yang aku tanda kertasnya”. Maka, bertuahlah orang-orang yang terlibat tanpa sengaja tadi kerana mendapat Mumtaz secara percuma.. Begitulah Al-Azhar. Macam-macam boleh jadi. Mungkin segalanya bergantung pada sejauh mana TAQWA kita.

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ

 فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا 65:3

“dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
[3]
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya”

Ya, taqwa kita pada Allah dan rahmat serta belas kasihanNya..

Dalam kebimbangan dan resahnya jiwa, dapat mesej dari seorang sahabat..buat hati kembali tenang..

“Bila memikirkan usaha kita hati tak mampu tersenyum. Tapi bila mengenangkan luasnya rahmat kasih sayang Allah pada hambaNya, segala yang resah menjadi indah”

Tiada apa yang boleh dilakukan kecuali berdoa dan berharap;

اللهم ارزقنا نجاحا نبتغي به رضا ربنا

“Ya Allah, kurrniakanlah kami kejayaan yang kami

cari padanya redha tuhan kami,

 

ونبر به والدينا

dan dengan kejayaan itu dapat kami berjasa

kepada kedua ibu bapa kami,

و ننصر دعوتنا

membantu dakwah kami,

و نسعد به اخواننا

membantu saudara-saudara kami,

 

وننفع به مسلمين

memberi manfaat kepada muslimin,

 

ونكرم به وطننا

dan memuliakan tanah air kami..”

ameen

Advertisement