Obama datang semalam

Jun 5, 2009

 

U.S. President Barack Obama waves to the audience as he leaves the Grand Hall of Cairo University after delivering a speech in Cairo June 4, 2009. REUTERS/Goran Tomasevic

Salam.

Pemimpin pertama dunia, Barack Hussein Obama datang Cairo semalam. Abah tanya, dia datang dapat apa? Ada bagi duit tak? Isy2, mana ada bagi duit la. Dapat cuti je. Tak pasal-pasal exam semalam kena tangguh ke 18 Jun ni. Jadi orang paling lambat habis exam kat rumah. Apa pun, bersyukur sangat sebenarnya. Mungkin ada hikmah kena tangguh exam. Sebabnya tak habis baca buku untuk subjek tu lagi!

Berbalik pada si Obama. Dalam ucapannya semalam, beliau menunjukkan hasrat untuk menjernihkan keadaan Amerika dengan umat Islam. Banyak jugak dia menyelitkan ayat-ayat Quran dalam ucapan tu. Mungkin boleh tengok teks atau dengar ucapannya sendiri di sini. Nampak macam Obama ni baik pulak, kata seorang sahabat saya. Ye lah, dengar kata dia pun tak setuju dengan pembinaan pendudukan baru di Tebing Barat. Hubungan dengan pemimpin Yahudi pun tak baik sangat. Boleh percaya ke Obama ni? Macam boleh percaya. Nampak ok je pulak dia ni..

Terfikir macam betul jugak. Rasa macam umat Islam semakin terbela. Umat Islam dapat sokongan dari kuasa besar dunia. Masa depan Islam semakin cerah..

Tapi..entahla, kalau fikir 2-3 kali, ala..propaganda politik je semua ni. Kafir tetap kafir. Tetap tak ikut undang-undang Allah. Nampak terbela tapi mungkin ada agenda lain di sebaliknya. Rasa bosan dan mual dengan semua ni. Tapi, nak buat macam mana? Kita tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku. Tak boleh nak tolak bulat-bulat dan tak boleh terima bulat-bulat juga kan?

Moga segala yang berlaku ada hikmahnya. Hidup untuk Islam! Nak belajar sungguh-sungguh untuk tegakkan semula agama mulia ini!!

Pasabili bili bili pasabili Obama eh ogawa..

(ni komen Pak Cik Mail)

Komen abah pulak?

=)

tunggu juga respon dari MB Chairman, Mr. Mohammed Mahdy Akef.

wassalam.

http://www.filmketikacintabertasbih.com/

Cinta pun boleh bertasbih rupanya..

Moga filem yang bakal ditayangkan di 8 buah negara (Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Mesir, Australia, Taiwan & Hong Kong) pada 11 Jun ini sama hebat dengan novelnya. Juga tidak akan mengecewakan sepertimana yang telah berlaku pada Ayat-Ayat Cinta. Tahniah buat Kang Abik! Teruskan perjuangan dalam menghasilkan filem yang soleh dan karya-karya islami yang menyentuh hati.

~nggak sabar menunggu 11 Juni ini. Ya udah, yang penting habiskan imtihannya dulu! Sambung studi yok=)

PERKHEMAHAN MUSIM PANAS ISMA 2009

dan khusus buat yang pulang bercuti di Malaysia~ JALINAN

Jangan lepaskan peluang! Program yang menarik dan bermanfaat buat semua. Untuk maklumat lanjut, sila klik pada gambar.

 

 

Taman kejayaan

Mei 23, 2009

 لا يصل الناس الي حديقة النجاح دون أن يمروا بمحطات التعب و الفشل واليأس و صاحب الارادة قوية لا يطيل الوقوف في هذه المحطات

“Seorang manusia tidak akan dapat sampai ke taman kejayaan tanpa melalui stesen-stesen kepenatan, kegagalan dan putus asa. Dan pemilik kemahuan yang tinggi tidak akan lama berhenti di stesen-stesen ini”

~Toriq Suwaydan~

18 Mei-15Jun: Imtihan..final exam..peperiksaan akhir

Doakan yang terbaik..

Salam imtihan buat semua.

Bittaufiq wannajah!

Dari yang sentiasa mendoakan dan pohon didoakan.

21

Salam buat semua.

Alhamdulillah Allah masih panjangkan usia sehingga hari ini. Masih boleh bernafas, masih boleh berjalan, belajar, bekerja, tersenyum dan tertawa seperti biasa. Tak sangka penderitaan yang dilalui tempoh hari berakhir juga..

Sekadar berkongsi rasa. Melalui siri-siri ujian dari Allah untuk menguji iman hambaNya.

Minggu lepas, Allah telah menarik nikmat kesihatan yang amat berharga. Tak pernah lagi mengalami kesakitan yang teruk sebegini. Seminggu penuh terlantar tak bermaya. Tak mampu berbuat apa-apa. Bermula hari pertama, dari jam 12 malam hingga 4 pagi, tak henti-henti muntah dan diarrhea. Paginya, minta tolong dibawa ke hospital kerana terlalu teruk. Rupa-rupanya ramai yang mengalami perkara yang sama juga. Doktor kata keracunan makanan. Kami mungkin makan benda yang sama. Apapun, benda dah berlaku. Allah kata jadi, jadilah. Apa pun yang dah dimakan hanya jadi sebab dan musababnya. Tak perlu nak salahkan sesiapa. Balik dari hospital, ambil ubat dan 2 suntikan. Tapi tak reda-reda juga. Masih terus muntah dan keluar masuk tandas. Perut kosong. Lapar. Tapi bila makan keluar semula. Dalam badan dah tak ada apa-apa. Muntah pun keluar air dan buih. Akhirnya, semua dibawa ke hospital semula petang tu. Dengan bantuan akhawat Medic Sayeda Zainab yang sihat-sihat belaka, semua dapat rawatan dengan baik. Terima kasih semua! Terharu sangat atas bantuan antunna. Penuh juga emergency room Hospital Rabaah masa tu. Doktor pun ada seorang je. Kelam kabut juga. Semua kena masuk sebotol air glukos dengan ubat. Selepas selesai, semua pulang ke rumah dan berehat. Ramai juga yang dah ok masa tu. Cuma si Fatin ni masih tak ok lagi. Kuman atau virus atau parasit yang ada dalam badan dia memang degil sangat! Muntah dah kurang Cuma yang masuk keluar tandas tu tak berhenti lagi. Sabar je yang jadi penawar masa tu.

Hari seterusnya. Perut dah kosong. Bekalan glukos yang masuk semalam dah habis. Kena makan juga. Tapi tak lalu. Bau makanan pun tak boleh. Tapi kena paksa makan. Lepas makan macam biasa keluar balik. Bakal-bakal doktor yang ada masa tu kata makan je. Kalau dia keluar balik pun tak apa. Maknanya dia nak keluarkan kuman dalam badan. Ok lah. Paksa juga makan. Tapi akhirnya bila makan buang, makan buang, tak ada apa pun yang tinggal dalam badan sebenarnya. Maghrib tu, lepas keluar tandas je, rasa dah tak berdaya. Mata berpinar-pinar. Masuk bilik je terjatuh. Separa sedar. Alhamdulillah tak pengsan sepenuhnya. Masih boleh bercakap lagi. Rasanya kena pergi hospital untuk masuk air lagi. Memang tak larat sangat. Dengan bantuan semua, dibawa ke hospital malam tu. Masuk sebotol glukos dengan ubat lagi. Doktor pun perasan orang yang sama datang. Doktor nasihatkan supaya tak makan nasi lagi lepas ni. Makanlah makarona (makaroni) macam dia. Apa-apalah doktor tu. Selepas selesai, rasa bertenaga semula. Dah boleh jalan macam biasa. Tapi tiba-tiba, mata jadi kejang! Bola mata terkeluar dan naik ke atas. Tak boleh nak turunkan semula. Takut sangat masa tu. Tak tau kenapa boleh jadi macam tu. Lari semula ke emergency. Tanya doktor ni disebabkan kesan ubat atau kenapa. Doktor tak boleh buat apa-apa. Dia suruh periksa di bahagian mata tingkat 3. Telefon Dr Battah minta tolong dia datang. Dr Battah senior kami di sini. Kalau dia ada, mudah sikit nak faham apa doktor tu kata nanti. Lepas dia datang je, terus bergegas ke tingkat 3. Ramainya orang masa tu. Tunggu giliran lama juga. Mata masih kejang lagi. Memang tak boleh nak turunkan. Kepala pun terdongak ke atas. Masa tu Allah je tahu apa yang rasa dan kecamuk dalam hati ni. Berserah je kalau Allah nak tarik nikmat mata yang Dia bagi ni. Tunggu-tunggu akhirnya boleh masuk. Takut sangat kalau doktor kata awak akan hilang penglihatan atau apa-apa yang akan dicakap nanti. Terbayang macam dalam drama-drama melayu pula. Tapi, nak tau apa yang jadi? Doktor tu dengan penuh ketenangan tengok je. Lepas periksa sikit-sikit dia kata tak ada apa-apa. Cuma psikologi je ni. Ha? Tak sampai 5 minit dah keluar. Dr Battah pun kata, tak apa, balik rumah dan rehat. Pelik juga. Sepanjang perjalanan balik tutup je mata dan berfikir apa yang berlaku sebenarnya. Tak faham.

Sampai rumah, mata masih kejang lagi. Macam orang yang nak mati, mata pandang ke atas dan kejang. Masa tu badan pun rasa lain macam. Tak boleh nak tidur. Rasa banyak benda asing kat keliling. Masa tu rasa tak berdaya sangat. Rasa macam Allah nak tarik nyawa pun ada. Terbayang amalan yang tak cukup lagi. Allah je tahu deritanya waktu tu. Semua dah takut tengok keadaan macam tu. Akhirnya, lepas dibacakan ayat-ayat suci Al-Quran, rasa tenang sikit dan boleh tidur sampai pagi. Esoknya bila bangun, mata masih kejang lagi. Memang rasa tak sedap hati. Rasanya macam ada benda yang mengganggu. Sebab tu la doktor tak dapat nak explain kenapa. Akhirnya, minta orang pakar datang ubatkan. Memang ada makhluk yang tak dapat dilihat datang mengganggu bila kita lemah. Alhamdulillah, lepas diubatkan dengan kalam-kalam Allah, rasa tenang dan berdaya semula. Memang satu pengalaman yang baru. Tak pernah lagi melalui perkara sebegini. Memang Allah nak uji sejauh mana pergantungan hati dengan Dia. Sejauh mana berserah dah bertawakal padaNya.

Alhamdulillah, hari Isnin lepas sihat sepenuhnya. Dalam kegembiraan diberi kesihatan semula, ujian datang lagi. Dapat mesej dari adik. “Tok dah meninggal dunia. Al-Fatihah”. Ya Allah! Tak sangka sangat. Memang ajal boleh datang bila-bila masa. Ingatkan dapat jumpa dia beberapa bulan lagi. Memang ajal tak dapat dicepatkan atau ditangguh kehadirannya. Tak terasa air mata mengalir waktu tu. Tok dah tak ada. Tak sempat nak lihat wajahnya buat kali terakhir. Tak dapat nak tengok urusan jenazahnya. Hanya mampu berdoa dari jauh. Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman dan para solihin.

Teringat kata-kata Tok, “mengaji di Mesir tu baik-baik. Doakan tok selalu. Sana dekat dengan Mekah. InsyaAllah doa makbul. Tok dah tak sempat nak pi sana dah. Kalau Atin dapat pi doalah banyak-banyak”.

Al-Baqaulillah..

Di hari kelahiran saya hari ini dan dalam menerima berita kematian nenek tersayang, saya merasakan inilah hadiah ulangtahun kelahiran saya yang cukup berharga, bukan yang paling malang. Kerana dapat merasakan dengan lebih mendalam akan pastinya dan dekatnya kematian itu. Semakin umur bertambah, semakin hampir kita ke saat itu. Bersedialah sentiasa..dan cukuplah kematian itu sebagai peringatan buat kita semua..

Doakan saya terus kuat dalam meneruskan liku-liku kehidupan ini..

Sampai bertemu lagi.

kek pertama dan terakhir buat tokKek pertama dan terakhir buat tok pada hari lahirnya yang ke 89 pada 4 April lalu. Tak pernah pun beli kek sebelum ni. Alhamdulillah, dapat meraikan dan menggembirakannya buat kali terakhir.

spring is coming!

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah Allah masih memberi peluang untuk bernafas sehingga hari ini. Segala puji bagi Allah juga yang memberi kesempatan untuk menghidupkan blog ini kembali setelah sekian lama tidak disentuh. Bukan tak ada masa, cuma tidak memberi masa untuknya. Nak kata sibuk, memang sibuk pun. Mana ada dai’e tak sibuk! (ni kata-kata seorang sahabat saya yang saya sangat susah untuk bertemu dengannya). Dengan exam yang semakin hampir dan masih ada buku yang belum disentuh, memanglah benar yang tanggungjawab itu lebih lebih lebih banyak dari masa yang ada. Apapun, nikmat internet yang akhirnya kini sudah masuk ke rumah, insyaAllah saya akan cuba untuk mensyukuri nikmat ini dengan menggunakannya untuk kebaikan dan terus meningkatkan lagi amal dengan lebih proaktif. Terima kasih atas semangat dari semua yang berusaha menyuruh dan memaksa saya untuk terus menulis. Tidak kurang juga kutukan membina dari keluarga khususnya dari adik saya. InsyaAllah saya akan cuba memberi sedikit masa untuk berkongsi sesuatu yang memberi manfaat. Doakan saya kuat dan dapat terus bekerja untuk ISLAM!

“Jikalau kamu bertaubat, tapi selalu tergoda
dan kau lemah tidak kuat
taubat lagi hai pendosa
taubat diterima tuhan
kembali lagi kembali
sampai taubatmu bertahan
taubatlah berkali-kali”

-debu-

Untuk makluman, tajuk di atas diilhamkan dari blog seorang sahabat=)

Kena jadi hebat!

Februari 23, 2009

 

 

Ujian Pertama

Februari 7, 2009

قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
(At-Taubah:24)

tak mampu

Doa untuk mereka

Januari 15, 2009

fgf

 

Mesir dan Gaza. Sangat dekat. Tapi saya di sini tak boleh nak buat apa-apa. Hanya mampu berdoa. Benarlah doa itu senjata mukmin. Itu yang saya mampu kirimkan. Kiriman senjata melalui doa. Moga-moga dapat terus bertahan. Dan terus menyerang dan menyerang dengan senjata doa itu. Juga senjata dari doa yang anda kirimkan. Semakin banyak senjata, mudah-mudahan semakin kuat. Sentiasalah berdoa untuk mereka. Jangan berhenti berdoa.

Kemenangan dari Allah itu hampir.

Yakinlah.

Mereka sungguh yakin dengan kemenangan itu.

Beri aku kekuatan

Januari 15, 2009

Alhamdulillah masih diberi nikmat iman & Islam untuk meneruskan kehidupan..Mencuri-curi masa untuk menulis walaupun sedang melalui fatrah peperiksaan yang amat sukar. 4 subjek sahaja. Tapi sungguh menyeksakan. Baru habis 2 subjek. Menanti 2 lagi.  Hanya Allah sahaja yang tahu betapa dahsyatnya melalui hari-hari ini. Sungguh derita. Namun, penderitaan yang sedang dialami ini pastinya tak seteruk dan sesukar saudara-saudara kita di Palestin sana. Ya Allah..kuatnya mereka. Diserang,dihentam,dibantai,dibunuh,diseksa dengan kejam oleh Yahudi yang menggila. Namun, terus bertahan dan bertahan dan bertahan. Kenapa aku tak boleh bertahan dengan ujian dunia yang sangat kecil ini..Kenapa aku tak boleh kuat seperti mereka?  Wahai saudaraku di sana..Kita terlalu hampir sebenarnya. Aku berharap dapat meraih biasan semangat juang kalian. Aku perlu melakukan yang terbaik untuk ummah ini. Aku takut tak dapat melakukannya. Maafkan aku. Aku sungguh lemah. Hanya mampu berdoa diberi kekuatan. Dan yakin serta berserah..Aku perlu bangkit semula. Ya Allah, lindungi aku dari putus asa. Beri aku kekuatan..

yang perlukan semangat semula.bantu saya