Nak kahwin dah?

November 25, 2009

Artikel menarik yang saya temui di sini. Perkongsian buat semua yang berada di jalan dakwah yang suci ini. Dan tak perlu mencurigai apa-apa tentang diri saya=)

Penulis asal: Abu Syifa’

Sedang aku duduk minum di kafe kolej, datang seorang pelajar berbincang soal perkahwinan. Katanya: “Encik boleh tak tolong cari calon isteri untuk saya?” Seperti biasa aku akan bertanya: “Kau ni dah benar-benar bersedia ke nak kahwin?” Ia seperti pelajar-pelajar yang lain menjawab: “Saya memang nak kahwin tapi itu bergantung pada keputusan keluarga, kalau mereka izinkan, saya akan berkahwin.” Tanya saya: “Kalau tak pasti lagi bila nak kahwin, buat apa cari calon?” Katanya: “Saja nak kenal-kenal dulu.” Jawab saya: “Kalau macam itu awak carilah sendiri, saya selalunya akan carikan orang yang benar-benar saya kenal dipasangkan dengan orang yang juga sangat saya kenali.”

Memang perkahwinan banyak terikat dengan restu keluarga. Itu lelaki, apatah lagi kalau perempuan, ia terikat dengan kebenaran walinya. Sepatutnya pemuda-pemudi itu bertanya keluarga dahulu, barulah buat keputusan untuk mencari calon. Bukan apa, bila sudah ada calon dan jarak masa perkahwinan tidak pasti, selalunya mendatangkan banyak masalah dan gangguan. Kemungkinan calon yang dipilih tidak dipersetujui keluarga. Mungkin mereka sudah ada pilihan sendiri. Apatah lagi bila dah ada pasangan, perasaan pun mula berubah. Putik-putik cinta pasti akan bertunas dan lama kelamaan membuahkan khayalan dan mimpi.

Tradisi orang bercinta zaman sekarang sukar untuk dibataskan. Sekurang-kurangnya ziarah-menziarahi melalui SMS dan call menjadi perkara biasa. Bermula dari panggilan akh dan ukh akan berpindah kepada abang dan adik… lama-lama sayang yang kehilangan S. Ermm, waktu itu dah terpaksa belajar memujuk bila merajuk, jiwa mula belajar hakikat rindu, mimpi malam dihiasai igauan wajah. Ermm, kalau jelas hujungnya dan tahu tarikh tamat ‘dunia khayalan indah’ tersebut, tahu juga penyudah dosa-dosa kering tersebut (kering dan ringan di sisi hamba, berat di sisi pencipta). Bagaimana dengan yang tak pasti penghujungnya, tak pasti nasibnya, tak pasti tempoh penantiannya? Umpama orang membeli bahan binaan, tapi tapak rumah belum tersedia. Lama-lama bahan binaan tersebut reput begitu sahaja. Begitulah juga cinta yang tak ‘bertarikh’ pelayarannya. Mulalah merungut pasal ‘lemah iman’, tak khusyuk solat dan macam-macam lagi.

Sesetengah pelajar bila memikirkan perkahwinan sekadar menjadikannya bahan mainan atau hikayat lucu. Mungkin juga untuk menguji nasib dan meraih simpati. Bila betul-betl diajak berkahwin, mulalah bagi banyak alasan… belajar tak abis lagilah, mak bapa tak bagilah, PTPTN tak abis bayar lah, kerja belum dapatlah, nak jaga keluarga dululah. Dulu bila mula memancing ‘cinta’ tak berfikir panjang dan tak memikirkan semua risiko tersebut. Kesian dengan pihak yang benar-benar bersungguh.

Bagi mereka yang memandang kehidupan ini penuh dengan perjuangan, memperjuangkan kisah cinta yang kabur itu amat membuang masa. Kecualilah yang bermazhabkan Romeo dan Juliet. Cinta begitu patut dikuburkan bila ‘tarikh sah/lakunya’ telah tamat. Kalau diteruskan ia akan meracun iman dan perjuangan. Justeru itu selalu saya nasihatkan, agar putuskan saja hubungan bila pelayaran tidak menampakkan halatuju dan pelabuhan. Cinta Ilahi lebih bernilai dari cinta insan yang tak pasti, yang akhirnya lebih banyak melalaikan iman dari membekalkan kekuatan. Memang keputusan begitu selalunya sukar.

Soal jodoh ramai yang keliru. Ada yang menyerahkan pada takdir dan akhirnya menyalahkan takdir. Jodoh seperti amalan ikhtiari yang lain adalah pilihan insan. Ia boleh diusaha dan diikhtiarkan. Ini tidaklah menafikan ‘qada dan qadar’ Allah di penghujungnya setelah puas berusaha. Justeru itu Islam meletakkan beberapa bentuk pilihan pasangan (agama, kecantikan, keturunan dan kekayaan) kerana jodoh boleh dipilih. Islam meletakkan agama sebagai asas pilihan. Memilih pasangan yang tidak memiliki nilai agama adalah satu kesilapan dan perlu ditanggung sendiri risikonya. Tidak boleh menyalahkan takdir.

Ada juga di kalangan pemuda pemudi yang terlibat dalam perjuangan bertanya: “Saya dah ada pasangan yang saya kenali sebelum mengenali dakwah ini. Bolehkah saya teruskan cinta kami ini?” Dulu saya sering bertanya: “Mana awak sayang, antara perjuangan ini atau memperjuangkan cinta lama?” Pernah ada yang menjawab: “Saya sayang kedua-duanya tapi masalahnya pasangan lama saya itu tidak sefikrah.”

Dulu sering saya cadangkan kepada pemuda-pemudi begitu supaya harmonikan hubungan dengan mengajak orang tersebut menyertai perjuangan yang ia sertai. Ini kerana ia sendiri tidak meyakini perjuangan orang itu (pelik juga bagi saya… yakin dengan tubuh badan insan tapi mempertikaikan fikrahnya… bukankah fikrah yang menentukan hidup manusia). Pemerhatian yang saya temui agak tersasar. Ramai yang menyertai dakwah ini hanya kerana desakan dan ajakan ‘orang yang ia cinta’ tidak begitu membuahkah hasil yang diharapkan. Mungkin niatnya tidak betul seperti kisah ‘muhajirah Umm Qais’ dalam hadith pertama dari 40 hadith Imam Nawawi. Apapun selagi tak cuba, mana nak tahu… try & error… tapi membina rumahtangga di penghujungnya atas landasan ‘try & error’ macam keadaan orang berjudi… tak tahu nasib di penghujung.

Cara terbaik sebenarnya, bila sudah memilih seseorang untuk menjadi pasangan hidup, nilailah badan dan akalnya, bahkan akalnya lebih perlu dinilai melebihi badannya. Kalau dah yakin dengan ia, kenapa tidak ikut sahaja perjuangannya? Lagilah kalau kelak ia jadi suami, lambat laun kena ikut juga budaya dan kehendaknya? Bukankah ‘lelaki itu pemimpin wanita dalam keluarga?’

Perjuangan ini hanya untuk orang yang benar-benar meyakini dan sanggup mendahulukannya mengatasi yang lain. Lagipun selagi berada di atas landasan syarak tidak salah berpindah arah… macam Masjid Qiblatain. Walau bagaimanapun, jangan sampai tersasar kiblat hingga akhirnya tidak ke Mekah dan tidak juga ke Aqsa (saya teringat dengan tazkirah seorang pendakwah Arab: 3 punca yang menyebabkan ramai akh futur dalam dakwah, salah pilih pasangan dalam perkahwinan, pangkat dan kuasa).

Bagi pejuang yang benar-benar faham dan yakin, ia tidak akan mendelaykan hasrat berumahtangga setelah memahami hakikat dakwahnya. Bahkan rumahtangga yang ia bina diharap mampu menjadi rumahtangga dakwah yang menjadi asas penting pembinaan mujtama’, daulah dan khilafah.

penjual kunafah, sejenis manisan masyarakat arab Mesir semasa Ramadhan

kunafah, sejenis manisan masyarakat arab Mesir semasa Ramadhan

Ahlan Ya Ramadhan! Selamat datang bulan mulia, bulan berkat dan bulan keampunan! Alhamdulillah Allah masih memberi kita peluang untuk sekali lagi menjejakkan kaki ke dalam bulan mubarak ini. Bagaimana persediaan atau “warm up” yang telah kita laksanakan dalam 2 bulan yang lalu? Bagi mereka yang telah bersedia, sekarang tibalah masa untuk memecut! Bagi mereka yang tak bersedia apa-apa, terpaksalah merangkak-rangkak untuk melalui bulan ibadah yang bukan setakat memerlukan kekuatan fizikal dan stamina untuk menahan lapar dahaga, tetapi kekuatan mental, emosi dan rohani untuk kekal bersemangat dan bertenaga dalam melaksanakan ibadah lain seperti solat malam, tarawih, tilawah Al-Quran dan sebagainya. Jangan bersedih bagi yang belum bersedia atau masih belum merasa kemanisannya. Masih ada masa. Belum terlambat untuk menghadirkan hati dan menyiram roh yang lesu. Barangkali sedikit tausiyah dari Sang Murabbi, Allahyarham Ustadz KH Rahmat Abdullah ini boleh membantu..Bisa faham Bahasa Indonesia? Mudah-mudahan bisa ya..

Bulan Ramadlan : Stasiun Besar Musafir Iman

Ustadz KH Rahmat Abdullah

Tak pernah air melawan qudrat yang ALLAH ciptakan untuknya, mencari dataran rendah, menjadi semakin kuat ketika dibendung dan menjadi nyawa kehidupan. Lidah api selalu menjulang dan udara selalu mencari daerah minimum dari kawasan maksimum, angin pun berhembus. Edaran yang pasti pada keluarga galaksi, membuat manusia dapat membuat mesin pengukur waktu, kronometer, menulis sejarah, catatan musim dan penanggalan. Semua bergerak dalam harmoni yang menakjubkan. Ruh pun – dengan karakternya sebagai ciptaan ALLAH – menerobos kesulitan mengaktualisasikan dirinya yang klasik saat tarikan gravitasi ‘bumi jasad’ memberatkan penjelajahannya menembus hambatan dan badai cakrawala. Kini – di bulan ini – ia jadi begitu ringan, menjelajah ‘langit ruhani’. Carilah bulan – diluar Ramadlan – saat orang dapat mengkhatamkan tilawah satu, dua, tiga sampai empat kali dalam sebulan. Carilah momentum saat orang berdiri lama di malam hari menyelesaikan sebelas atau dua puluh tiga rakaat. Carilah musim kebajikan saat orang begitu santainya melepaskan ‘ular harta’ yang membelitnya. Inilah momen yang membuka seluas-luasnya kesempatan ruh mengeksiskan dirinya dan mendekap erat-erat fitrah dan karakternya.

Marhaban ya Syahra Ramadlan Marhaban Syahra’ Shiyami Marhaban ya Syahra Ramadlan Marhaban Syahra’l Qiyami

Keqariban di Tengah Keghariban

Ahli zaman kini mungkin leluasa menertawakan muslim badui yang bersahaja, saat ia bertanya: “Ya Rasul ALLAH, dekatkah Tuhan kita, sehingga saya cukup berbisik saja atau jauhkah Ia sehingga saya harus berseru kepada-Nya?” Sebagian kita telah begitu ‘canggih’ memperkatakan Tuhan. Yang lain merasa bebas ketika ‘beban-beban orang bertuhan’ telah mereka persetankan. Bagaimana rupa hati yang Ia tiada bertahta disana? Betapa miskinnya anak-anak zaman, saat mereka saling benci dan bantai. Betapa sengsaranya mereka saat menikmati kebebasan semu; makan, minum, seks, riba, suap, syahwat, dan seterusnya. padahal mereka masih berpijak di bumi-Nya.

Betapa menyedihkan, kader yang grogi menghadapi kehidupan dan persoalan, padahal Ia yang memberinya titah untuk menuturkan pesan suci-Nya. Betapa bodohnya masinis yang telah mendapatkan peta perjalanan, kisah kawasan rawan, mesin kereta yang luar biasa tangguh dan rambu-rambu yang sempurna, lalu masih membawa keluar lokonya dari rel, untuk kemudian menangis-nangis lagi di stasiun berikut, meratapi kekeliruannya. Begitulah berulang seterusnya.

Semua ayat dari 183-187 surat Al-Baqarah bicara secara tekstual tentang puasa. Hanya satu ayat yang tidak menyentuhnya secara tekstual, namun sulit untuk mengeluarkannya dari inti hikmah puasa. “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (katakanlah): ‘Sesungguhnya Aku ini dekat…” (Qs. 2 :185).

Apa yang terjadi pada manusia dengan dada hampa kekariban ini? Mereka jadi pan-dai tampil dengan wajah tanpa dosa didepan publik, padahal beberapa meni sebelum atau sesudah tampilan ini mereka menjadi drakula dan vampir yang haus darah, bukan lagi menjadi nyamuk yang zuhud. Mereka menjadi lalat yang terjun langsung ke bangkai-bangkai, menjadi babi rakus yang tak bermalu, atau kera, tukang tiru yang rakus.

Bagaimana mereka menyelesaikan masalah antar mereka? Bakar rumah, tebang po-hon bermil-mil, hancurkan hutan demi kepentingan pribadi dan keluarga, tawuran antar warga atau anggota lembaga tinggi negara, bisniskan hukum, jual bangsa kepada bangsa asing dan rentenir dunia. Berjuta pil pembunuh mengisi kekosongan hati ini. Berapa lagi bayi lahir tanpa status bapak yang syar’i? Berapa lagi rakyat yang menjadi keledai tunggangan para politisi bandit?

Berapa banyak lagi ayat-ayat dan pesan dibacakan sementara hati tetap membatu? Berapa banyak kurban berjatuhan sementara sesama saudara saling tidak peduli?

Nuzul Qur-an di Hira, Nuzul di Hati

Ketika pertama kali Alqur-an diturunkan, ia telah menjadi petunjuk untuk seluruh ma-nusia. Ia menjadi petunjuk yang sesungguhnya bagi mereka yang menjalankan perin-tah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Ia benar-benar berguna bagi kaum beriman dan menjadi kerugian bagi kaum yang zalim. Kelak saatnya orang menyalahkan rambu-rambu, padahal tanpa rambu-rambu kehidupan menjadi kacau. Ada juga orang berfikir, malam qadar itu selesai sudah, karena ALLAH menyatakannya dengan Anzalna-hu (kami telah menurunkannya), tanpa melihat tajam-tajam pada kata tanazzalu’l Ma-laikatu wa’l Ruhu (pada malam itu turun menurunlah Malaikat dan Ruh), dengan kata kerja permanen. Bila malam adalah malam, saat matahari terbenam, siapa warga negeri yang tak menemukan malam; kafirnya dan mukminnya, fasiqnya dan shalihnya, mu-nafiqnya dan shiddiqnya, Yahudinya dan Nasraninya? Jadi apakah malam itu malam fisika yang meliput semua orang di kawasan?

Jadi ketika Ramadlan di gua Hira itu malamnya disebut malam qadar, saat turun sebuah pedoman hidup yang terbaca dan terjaga, maka betapa bahagianya setiap mukmin yang sadar dengan Nuzulnya Alqur-an di hati pada malam qadarnya masing-masing, saat jiwa menemukan jati dirinya yang selalu merindu dan mencari sang Pencipta. Yang tetap terbelenggu selama hayat dikandung badan, seperti badan pun tak dapat melampiaskan kesenangannya, karena selalu ada keterbatasan bagi setiap kesenangan. Batas makanan dan minuman yang lezat adalah kterbatasan perut dan segala yang lahir dari proses tersebut. Batas kesenangan libido ialah menghilangnya kegembiraan di puncak kesenangan. Batas nikmatnya dunia ialah ketika ajal tiba-tiba menemukan rambu-rambu: Stop!

Alqur-an dulu, baru yang lain

Bacalah Alqur-an, ruh yang menghidupkan, sinari pemahaman dengan sunnah dan perkaya wawasan dengan sirah, niscaya Islam itu terasa ni’mat, harmoni, mudah, lapang dan serasi. Alqur-an membentuk frame berfikir. Alqur-an mainstream perjuangan. Nilai-nilainya menjadi tolok ukur keadilan, kewajaran dan kesesuaian dengan karakter, fitrah dan watak manusia. Penguasaan outline-nya menghindarkan pandangan parsial juz-i. Penda’wahannya dengan kelengkapan sunnah yang sederhana, menyentuh dan aksiomatis, akan memudahkan orang memahami Islam, menjauhkan perselisihan dan menghemat energi ummat.

Betapa da’wah Alqur-an dengan madrasah tahsin, tahfiz dan tafhimnya telah membangkitkan kembali semangat keislaman, bahkan di jantung tempat kelahirannya sendiri. Ahlinya selalu menjadi pelopor jihad di garis depan, jauh sejak awal sejarah ummat ini bermula. Bila Rasulullah meminta orang menurunkan jenazah dimintanya yang paling banyak penguasaan Qur-annya. Bila me-nyusun komposisi pasukan, diletakkannya pasukan yang lebih banyak hafalannya. Bahkan di masa awal sekali, ‘unjuk rasa’ pertama digelar dengan pertanyaan ‘Siapa yang berani membacakan surat Arrahman di Ka’bah?’. Dan Ibnu Mas’ud tampil dengan berani dan tak menyesal atau jera walaupun pingsan dipukuli musyrikin kota Makkah.

Puasa: Da’wah, tarbiah, jihad dan disiplin

Orang yang tertempa makan (sahur) di saat enaknya orang tertidur lelap atau berdiri lama malam hari dalam shalat qiyam Ramadlan setelah siangnya berlapar-haus, atau menahan semua pembatal lahir-batin, sudah sepantasnya mampu mengatasi masalah-masalah da’wah dan kehidupannya, tanpa keluhan, keputusasaan atau kepanikan. Mu-suh-musuh ummat mestinya belajar untuk mengerti bahwa bayi yang dilahirkan di te-ngah badai takkan gentar menghadapi deru angin. Yang biasa menggenggam api jangan diancam dengan percikan air. Mereka ummat yang biasa menantang dinginnya air di akhir malam, lapar dan haus di terik siang.

Mereka terbiasa memburu dan menunggu target perjuangan, jauh sampai ke akhirat negeri keabadian, dengan kekuatan yakin yang melebihi kepastian fajar menyingsing. Namun bagaimana mungkin bisa mengajar orang lain, orang yang tak mampu memahami ajarannya sendiri? “Faqidu’s Syai’ la Yu’thihi” (Yang tak punya apa-apa tak akan mampu memberi apa-apa).

Wahyu pertama turun di bulan Ramadlan, pertempuran dan mubadarah (inisiatif) awal di Badar juga di bulan Ramadlan dan Futuh (kemenangan) juga di bulan Ramadlan. Ini menjadi inspirasi betapa madrasah Ramadlan telah memproduk begitu banyak alumni unggulan yang izzah-nya membentang dari masyriq ke maghrib zaman.

Bila mulutmu bergetar dengan ayat-ayat suci dan hadits-hadits, mulut mereka juga menggetarkan kalimat yang sama. Adapun hati dan bukti, itu soal besar yg menunggu jawaban serius.

Masjid Salam yang meriah

Masjid Salam yang meriah

iktikaf di Masjid Amru Al-'As Ramadhan tahun lalu

~rindu limpahan cahaya fanus dan suasana tarawih dan iktikaf di Masjid Salam. Rindu berpuasa di bumi Mesir..

Ya Allah, jadikanlah Ramadhan kali ini tidak berlalu dengan sia-sia..

“Rugilah bagi mereka yang berlalunya Ramadhan namun tidak diampunkan dosanya”

-mafhum hadis-

Obama datang semalam

Jun 5, 2009

 

U.S. President Barack Obama waves to the audience as he leaves the Grand Hall of Cairo University after delivering a speech in Cairo June 4, 2009. REUTERS/Goran Tomasevic

Salam.

Pemimpin pertama dunia, Barack Hussein Obama datang Cairo semalam. Abah tanya, dia datang dapat apa? Ada bagi duit tak? Isy2, mana ada bagi duit la. Dapat cuti je. Tak pasal-pasal exam semalam kena tangguh ke 18 Jun ni. Jadi orang paling lambat habis exam kat rumah. Apa pun, bersyukur sangat sebenarnya. Mungkin ada hikmah kena tangguh exam. Sebabnya tak habis baca buku untuk subjek tu lagi!

Berbalik pada si Obama. Dalam ucapannya semalam, beliau menunjukkan hasrat untuk menjernihkan keadaan Amerika dengan umat Islam. Banyak jugak dia menyelitkan ayat-ayat Quran dalam ucapan tu. Mungkin boleh tengok teks atau dengar ucapannya sendiri di sini. Nampak macam Obama ni baik pulak, kata seorang sahabat saya. Ye lah, dengar kata dia pun tak setuju dengan pembinaan pendudukan baru di Tebing Barat. Hubungan dengan pemimpin Yahudi pun tak baik sangat. Boleh percaya ke Obama ni? Macam boleh percaya. Nampak ok je pulak dia ni..

Terfikir macam betul jugak. Rasa macam umat Islam semakin terbela. Umat Islam dapat sokongan dari kuasa besar dunia. Masa depan Islam semakin cerah..

Tapi..entahla, kalau fikir 2-3 kali, ala..propaganda politik je semua ni. Kafir tetap kafir. Tetap tak ikut undang-undang Allah. Nampak terbela tapi mungkin ada agenda lain di sebaliknya. Rasa bosan dan mual dengan semua ni. Tapi, nak buat macam mana? Kita tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku. Tak boleh nak tolak bulat-bulat dan tak boleh terima bulat-bulat juga kan?

Moga segala yang berlaku ada hikmahnya. Hidup untuk Islam! Nak belajar sungguh-sungguh untuk tegakkan semula agama mulia ini!!

Pasabili bili bili pasabili Obama eh ogawa..

(ni komen Pak Cik Mail)

Komen abah pulak?

=)

tunggu juga respon dari MB Chairman, Mr. Mohammed Mahdy Akef.

wassalam.

Kena jadi hebat!

Februari 23, 2009

 

 

masa adalah kehidupanBismillah

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberi nikmat yang tak terhitung nilainya. Selawat dan salam buat junjungan mulia Muhammad S.A.W yang hadirnya telah melimpahkan rahmat buat seluruh alam. Juga buat ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat serta mereka yang menyambung perjuangan baginda hingga kini.

Dengan izin dan kekuatan dariNya serta semangat dari abah yang sentiasa menyuruh untuk menulis jurnal perjalanan hidup juga sahabat-sahabat yang jadi sumber kekuatan..maka terwujudlah sebuah lagi blog dalam jutaan blog yang ada di alam maya ini. arahhidup nama diberi. Tiada apa yang istimewa pada nama. Cuma berharap moga yang menulis dan membaca akan terarah hidupnya. Bukan setakat berkongsi perjalanan hidup, tapi bersama pengajaran dan iktibar dari kehidupan itu sendiri. Selama ini hanya menjadi pembaca setia blog-blog orang lain. Jadi orang yang membaca, menerima dan menerima. Mungkin dah tiba masa untuk cuba menjadi orang yang memberi pula walau ilmu bukanlah setinggi mana..kata nabi, “sampaikanlah dariku walau sepotong ayat”. Ya, saya cuba menyahut seruan ini!

Sebenarnya kalau difikir-fikirkan, 24 jam dalam sehari sangat tidak mencukupi. Macam-macam perlu dibuat. Nak kata sibuk..memang sibuk pun. Belajar, dakwah, ikut tarbiyyah, membina diri termasuklah makan, minum dan tidur serta macam-macam lagi. Sekarang dah bertambah lagi tanggungjawab untuk mem’bela’ blog ni pula.Kerja dan tanggungjawab sememangnya sangatlah banyak..Benarlah apa yang Imam As-Syahid Hasan Al-Banna kata;

الواجبات اكثر من الأوقات

“Tanggungjawab lebih banyak dari masa yang ada”

 Jadi, kena rancang masa dengan betul. Bahagi dengan saksama supaya setiap yang berhak mendapat haknya. Aduh, susahnya menjadi perancang masa yang baik sebenarnya..

“IF YOU FAIL TO PLAN, YOU PLAN TO FAIL”

Kesibukan diri kita dalam seharian juga bergantung pada apa yang kita dah rancang. Seperti satu kata-kata yang pernah saya dengar zaman sekolah-sekolah dulu..

 همك على قدر ما أهمك 

“Kesibukan diri kamu bergantung pada apa yang kamu agendakan”

Cuba kita perhatikan hidup kita yang sibuk..benarkah ia sibuk dengan agenda yang besar? Seperti agenda untuk Islam dan ummah. Atau sekadar sibuk dengan urusan yang remeh-temeh, tiada berguna, tiada memberi manfaat pada diri dan orang di sekeliling kita. Jika begitu, jadilah kesibukan kita satu kesibukan yang sia-sia semata. Moga kita bukan dalam golongan yang sia-sia ini.

masa adalah kehidupan

الوقت والحياةmasa adalah kehidupan 

Mari kita kembara sebentar ke zaman Imam Nawawi (631H-676H). Kenal siapa Imam Nawawi? Kalau pernah membaca Riyadus Solihin atau Hadis 40 pasti kenal. Hidupnya begitu singkat. Dalam lingkungan 45 tahun sahaja. Tapi, bagaimana beliau boleh menghasilkan beribu-ribu karya penulisan yang tak sepadan dengan tempoh usianya yang pendek. Tentu sekali zaman kecil dan remajanya tak tersia-sia dengan agenda yang remeh. Dikatakan beliau tak berminat langsung untuk bermain dengan rakan-rakan seusianya bahkan sibuk menghafal Al-Quran sehingga khatam sebelum menjangkau usia baligh. Beza sungguh dengan kanak-kanak dan remaja zaman sekarang yang mungkin hari-hari menghadap tv, bermain computer games atau melepak di shopping complex.. Kehidupan sehariannya pula apabila meningkat dewasa dibahagikan kepada 3 iaitu untuk Allah, keluarga dan masyarakat. Menulis termasuk dalam sumbangannya pada masyarakat dan satu pertiga dalam sehari itu cukup untuk menghasilkan karya yang sangat banyak. Memanglah tiada masa untuk beliau tidur. Setiap malam menulis dan menulis. Kita? Baru buka buku sekejap dah terlelap..Oh, mungkin bukan kita. Saya sebenarnya..

Apa pun, mari mulakan azam unuk bersungguh-sungguh dalam setiap amalan. Seperti mana mafhum sabda baginda S.A.W;

ان الله يحب اذا عمل عملا أن يتقنه

“Sesungguhnya Allah menyukai amalan apabila ia dilakukan dengan bersungguh-sungguh” 

Selamat berkunjung ke arahhidup. Semoga Allah beri kekuatan untuk meng’hidup‘kannya dengan bersungguh-sungguh dan berkongsi manfaat buat semua.

Seorang mukmin ibarat hujan,

Dimana turun memberi manfaaat,

Dengan bismillah saya mulakan,

Yang baik diambil, yang buruk minta dinasihat.

Sampai bertemu lagi..